Copy & Paste Mentor Anda

Bismillah,

mentor bimbingan peribadi

Kita suka bila dapat bersama dengan mentor kita. Dalam hati, kita harapkan mentor kita itu menurunkan ilmu kekayaannya kepada kita. Tetapi selalunya kita tak perasan dengan apa yang mentor kita buat. Apa yang kita lihat dari mentor kita, itulah antara kerja mereka bagi menghasilkan pendapatan. Kita dan mentor kita punyai masa yang sama sahaja iaitu masing-masing punyai masa sebanyak 24 jam sahaja sehari.

Apabila kita minat kepada seseorang, kita pasti akan ikuti perkembangan dirinya. Kita mungkin membaca kisah-kisahnya terdahulu dan tahu bagaimana beliau boleh berjaya sehingga ke hari ini. Selalunya mereka yang berjaya bermula dari bawah atau dari tidak punyai modal yang tinggi. Dengan modal yang sedia ada untuk berniaga hingga berjaya itulah yang boleh kita ambil contoh untuk kita ikut.

Salah satu tips dari saya untuk berjaya adalah dengan mengikuti mentor kita. Caranya boleh buat macam di bawah nun..


  1. Buka laptop atau komputer anda bagi mengakses internet.
  2. Taip nama mentor kita dengan betul dan carinya di google.
  3. Salin maklumat berkenaan mentor kita samada blog, website, fb dan sebagainya.
  4. Lihat kemaskini status beliau dalam sehari. Samada menulis blog, fb dan sebagainya.
  5. Lihat cara atau gaya beliau mengeluarkan pendapat, soalan kepada rakan dan sebagainya.
  6. Bagi yang menerima e-mel dari mereka, cuba aplikasikan cara mereka menulis. Tak kisahlah samada mereka memujuk untuk membeli sesuatu, join seminar dan lain-lain.
  7. Rumusannya adalah tiru kaedah mentor kita. Jika kita rasa mentor kita mempunyai ilmu tertentu maka cuba dapatkan ilmu yang kita minat. Maka kita juga tidak ketinggalan mempunyai ilmu dan pakar kepada sesuatu perkara agar kita dapat kongsikannya seperti mentor kita lakukan.


Saya dulu seorang pendiam dan tidak pandai bercakap, mengarang ayat dan banyak lagi. Pengalaman saya sebelum saya jadi 'saya' sekarang ni adalah dengan meniru cara orang yang kita suka. Mungkin ketawanya, cara mereka bercakap, gayanya dan sebagainya. Ikut dulu lama-lama kita akan dengan sendirinya mempunyai cara tersendiri dan seterusnya menjadikan ia sebagai jenama kita.

Jadi tidak salah tiru cara mentor kita. Cuma tak boleh ciplak hasil karya mereka je lah jadi hak milik kita.

Satu lagi! Jangan kita tiru dalam peperiksaan sudah! Itu memang salah.. huhu..

Adios...



Nama saya Hairizal Hamidon. Saya memulakan perniagaan berdaftar sejak tahun 2007. Ilmu saya perolehi dari pengalaman juga dari sifu-sifu perniagaan konvensional dan internet. Kini saya lebih cenderung kepada pemasaran bisnes internet dan memberikan bimbingan peribadi yang saya namakan 'MEKANIK BISNES INTERNET'.


0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...