Tidak memperolehi pendapatan di internet?

Pos ini sebagai kesinambungan dari tajuk entri "Belum Jana Pendapatan Lagi?" Anda boleh klik di sini.


Saya berasa simpati dengan rakan-rakan yang baru nak menceburkan diri dalam dunia perniagaan internet tetapi masih belum berjaya memperolehi apa yang mereka harapkan. Ada yang masih terkial-kial mencari tapak, ada yang buntu nak mencari idea yang sesuai dengan diri, ada yang masih tidak dapat menjana pendapatan walau ilmu dah berapa banyak diperolehi dan yang paling sedih ada yang sudah berputus asa..! Walhal internet adalah sejenis bisnes yang sangat fleksibel dan potensinya sangat besar. Pilih sahaja apa yang kita suka samada menjual produk atau perkhidmatan atau samada menjual barangan berbentuk fizikal atau digital maya. Malah anda mampu menjualnya di seluruh dunia!

Yang pertama kita kena pastikan adakah kita nak dapatkan kepuasan berniaga di internet atau duit semata-mata. Atau adakah naluri anda mahu jana wang dan mahu fokus membuatnya di internet? Anda seorang yang fleksibel sebenarnya jika anda mahu jana pendapatan internet, mungkin sebab anda telah terdedah terlebih dahulu di internet maka anda dapatkan peluang ini untuk jana pendapat secara online. Tetapi bagi anda, saya rasa anda mungkin tidak kisah  kalau anda dapat duit dari sumber mana sekalipun bukan? Samada secara offline atau online.. Yang penting masyukk... hehe.. Jadi jangan sempitkan cara kita berfikir. Mungkin anda tidak sesuai untuk menceburkan diri dalam perniagaan internet secara online tetapi anda mungkin lebih sesuai buat perniagaan internet secara offline. Macam mana pula tu? 

Maksud saya, anda belajarlah dari internet.., ia sama sahaja, yang penting anda mendapat ilmu. Saya sendiri menjual ebook yang tidak fokus untuk internet semata-mata dan boleh diaplikasikan untuk bisnes konvensional. Cubalah anda dapatkan ebook ke video tutorial ke pergi seminar internet ke.., yang penting anda belajar di internet dan mencari sumbernya kerana banyak anda boleh dapati di internet tetapi anda boleh buat secara konvensional seperti anda menyediakan khidmat personal coaching ke, seminar ke, tulis buku berkenaan internet ke dan sebagainya. Hahaha.. banyak sangat yang 'ke'nya ya.. 

Tak jadi masalah jika ada pelanggan anda yang mungkin bertanya kepada anda berkenaan pengalaman anda menjana pendapatan anda di internet. Mungkin mereka mahukan kepastian dan keyakinan dari anda untuk mereka. Jadi anda hanya perlu mengatakan sahaja sebagai contoh dengan membuat analogi seperti ini.. "Adakah seorang guru yang mengajar biologi  adalah seorang doktor?" Kini itu bukan lagi persoalannya. Persoalannya adalah dapatkah mereka mencapai matlamat dari ilmu, bakat dan kepakaran yang kita ada bagi membantu orang mencapai apa yang mereka perlukan dan memberikan pula kejayaan buat mereka. 


Satu lagi contoh yang saya dapat berikan adalah berkenaan jurulatih. Tak kiralah samada ia jurulatih seminar, sukan bola sepak dan sebagainya tetapi telah membuktikan kejayaan anak didik mereka walhal seorang jurulatih bola sepak itu sebahagiannya bukanlah dahulunya seorang pemain bola sepak. Berapa pendapatan yang kita dapat itu bukan soalnya lagi yang penting kita suka apa yang kita lakukan, berjaya dan memberikan kejayaan buat orang lain itu lebih bermakna dan bonus buat kejayaan kita. Dari situ kita akan dapat testimoni/review yang baik untuk kita lebih berjaya lagi.

Saya juga tidak menerima pendapatan di internet secara langsung di internet seratus peratus tetapi saya menerima pendapatan internet melalui cara saya sendiri.. Dah, jangan pening-pening.. cambahkan idea anda bagi anda menghasilkan pendapatan dari apa cara sekalipun. Yang penting anda happy..!

Adios..

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...