SOHO... Janganlah lupa mengeteh...

Photobucket Image Hosting
Jika kita terlibat dalam bisnes, pengembangan idea atau mendapatkan idea baru amatlah penting. Bagi kita yang punyai pekerja sendiri tidak ada masalah sekiranya kita ingin bertanyakan pendapat bagi memajukan perniagaan kita. Walaupun mereka adalah cuma pekerja bawahan kita tidak semestinya pandangan mereka kita abaikan. Banyak dah bukti menunjukkan sumbangan idea yang kecil oleh pekerja membantu mengaut keuntungan yang besar bagi syarikat. 

Itu bagi mereka yang punyai perniagaan yang lebih besar dari perniagaan SOHO yang membuat bisnes 'one man show' ni. Di dalam peraturan bekerja sendiri dari rumah atau membuat bisnes dari rumah, seseorang pengusaha SOHO boleh menggajikan 2 pekerja untuk premis kediaman SOHO. Tetapi bagi seseorang pengusaha SOHO yang membuat semua kerja bisnes menggunakan hanya tulang empat kerat ni sahaja, kita mesti ada rakan bisnes untuk berbincang samada secara lebih santai seperti keluar mengeteh di kedai kopi atau seumpama dengannya. 

Yang penting adalah keluar untuk bersosial, rileks sambil meminta pendapat rakan untuk bisnes kita. Keluar mengeteh ini boleh menggalakkan pengembangan idea, menghuraikan kekusutan dan sebagainya. Paling tidak pun carilah rakan teman berbual sambil minum-minum bagi menghilangkan stress.


0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...