Rekaan Baru Blog

Hoho.. Dah beberapa minggu saya tidak menulis di blog ini. Sibuk sedikit untuk membuat blog-blog baru. Satu penyakit yang saya sukar nak buang adalah terlalu fokus pada kerja sehinggakan perkara lain yang patut saya buat saya tinggalkan. Cuma makan dan minum saya tak boleh lupa. Tapi itu pun terbabas juga.. hehe..

Baru sekejap tadi saya ubah sedikit penampilan blog ni. Blog desain sebelumnya saya sudah 'potraitkan' pada blog rasmi hasil rekaan web dan blog saya di J-Reka. Saya mengharapkan pendapat yang membina dari rakan-rakan sekelian berkenaan blog-blog yang saya dah buat terutama berkenaan reka bentuk web. Berikut di bawah ini adalah blog J-Reka..

www.j-reka.blogspot.com
www.j-bloggerblog.blogspot.com

Beberapa blog saya juga telah dibuat sedikit perubahan desain termasuklah juga blog J-Reka. Kini, saya menambah satu lagi  blog baru iaitu J-Bloggerblog yang anda lihat di atas. Ia adalah khusus untuk membantu rakan-rakan yang  ingin memperibadikan blog sendiri khusus untuk blogspot. Mungkin anda berkata "Ish.. boleh ke hendak uruskan semua blog-blog tu..?" Jawapannya.. Boleh, tapi kekerapan akan saya tumpukan pada blog ini manakala J-Reka yang saya akan rasmikan bila-bila masa akan di update apabila ada blog-blog terbaru dari pelanggan hasil dari kerja saya untuk saya review dan iklankan di sana.

Untuk J-Bloggerblog saya akan sentiasa update apabila ada komen atau pertanyaan untuk masalah blog dari rakan-rakan sekelian. Sebenarnya tujuan utama saya adalah untuk menunjukkan atau iklankan hasil kerja saya kepada anda. Oleh sebab itu saya mendapat idea untuk membuat blog-blog tersebut untuk memperlihatkan desain dari saya. Tapi itu tidak bermakna ia hanya sebagai display semata-mata kerana ia tetap akan berfungsi apabila ada bahan untuk dikongsikan. Saya pasti akan kongsikan apabila berkesempatan. 

Semoga saya akan dapat memberi dan berkongsi ilmu dengan anda sekelian. Terima kasih atas komen dan sokongan yang diberikan dan jumpa lagi pada post yang lain..

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...