Panik - Merugikan, memusnahkan masa dan tenaga

Salam sejahtera. Sudah lama saya tidak menulis blog kerana terlalu fokus dan mensasarkan untuk menyiapkan dua laman web dan satu blog. Satu adalah laman web yang baru manakala satu lagi laman web dan blog sedia ada yang dibuat sentuhan dan idea baru.

Laman web tersebut adalah www.caramembinawebsite.com dan www.h2jbiz.com. Manakala blog.. huhu yang anda baca sekarang ni.. :)

Ok, bercakap berkenaan panik ni, adalah peristiwa yang telah berlaku beberapa minggu yang lalu di mana seseorang yang saya kenali telah terlewat untuk ke tempat kerja. Akibat panik dan membuat kerja dengan tergesa-gesa, banyak keperluan yang penting turut tertinggal.

Saya juga pernah panik semasa saya masih bekerja dahulu dan bekerja syif malam. Dalam pada saya ingin bekerja syif malam, selalunya saya bersama isteri dan anak akan ke rumah ibu saya. Saya tinggalkan anak saya yang sedang tertidur di dalam kereta untuk mengambil barang lain. Tiba-tiba pintu kereta saya tertutup dan telah terkunci.

Saya panik. Sudahlah saya ingin ke tempat kerja, anak pula terkunci di dalam kereta. Saya cuba goyang-goyangkan kereta, anak saya tetap tidak mahu bangun. Hampir-hampir sahaja saya memecahkan cermin tingkap kereta saya sendiri. Tetapi saya cuba tenangkan diri dan berfikir secara lebih baik bagaimana saya dapat membuka pintu kereta saya.

Tiada alat yang sesuai pada waktu tersebut di rumah saya untuk saya jadi 'Mcgyver', jiran-jiran pula sudah tidur semuanya. Saya kalau boleh tidak mahu menyusahkan mereka, melainkan itu adalah pilihan terakhir saya. Kunci spare saya tiada, maklumlah semasa saya beli kereta, saya tinggalkan di rumah ibu saya... Oh! Baru saya teringat, kunci spare kereta saya, saya tinggalkan di rumah ibu saya!

Saya telefon ibu saya tanpa bercakap kejadian tersebut dan mengarahkan ibu saya secara langkah demi langkah untuk mengambil kunci pendua yang saya simpan dan meminta tolong jiran rumah ibu saya untuk menghantar kunci spare ke rumah saya..( saya sangat mengenali beliau dan tahu beliau jarang tidur awal hehe.. err.. agaknyalah..) Dan akhirnya saya dapat buka kereta setelah jiran rumah ibu saya itu menyerahkan kepada saya kunci spare..

Fuh.. Nasib baik, cuma saya hanya terlambat sampai ke tempat kerja sahaja. Saya akan cuba upload ke FB gambar peristiwa beberapa minggu lepas di depan bank apabila seorang wanita Cina yang mempunyai nasib yang serupa dengan saya, iaitu anaknya yang tertidur ditinggalkan dalam kereta. Lebih malang, kunci spare wanita tersebut juga berada tersimpan di dalam kereta.

Sukar sebenarnya untuk mengawal perasaan panik ini. Jika mereka yang ada asas berenang, oleh kerana disebabkan sesuatu tiba-tiba panik dan akhirnya lemas. Seseorang yang tahu dan nampak arah jalan keluar, apabila berlaku kebakaran dan panik tiba-tiba akan jadi tidak tahu nak buat apa-apa akhirnya rentung dalam kebakaran.

Begitu juga dalam bisnes, sepatutnya kita dapat untung akan menjadi rugi pula apabila kita panik untuk membuat keputusan dengan baik. Baiklah sedikit tips dari saya untuk mengawal panik.
  • Tarik nafas dan hembuskan dengan perlahan-lahan kerana ia memberi oksigen ke otak bagi dapat memberi keputusan yang terbaik.
  • Membuat pernyataan yang positif. Sesuatu musibah tetap akan musibah dan lagi teruk jika panik.
  • Berfikir dengan tenang.
  • Sebelum berlaku apa-apa musibah adalah dengan membuat persediaan terlebih dahulu. Berfikir apa yang perlu dilaksanakan untuk menidakkan sebarang bentuk musibah. Contohnya jika di rumah, perlu ada alat pemadam kebakaran yang sesuai sebagai satu cara bagi dapat memadamkan kebakaran.
  • Motivasi diri - Hindarkan dari sesuatu perkara yang boleh menyakiti hati orang lain.
  • Doa mohon diberikan ketenangan dan dipermudahkan jalan keluar.
Hmmm... Rasanya setakat itu sahaja tips dari saya. Bagaimana pula anda menanganinya ya? Kongsikanlah di blog ini.



0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...