Bisnes Perlu ada Ilmu dan Motivasi

Bismillah,


Jika kita serius untuk menjalankan bisnes, kita perlu ada ilmu. Tetapi ilmu sahaja tidak cukup kerana kita perlu semangat atau motivasi bagi memulakannya. Bagi saya, keduanya adalah kunci untuk kita berjaya dalam bisnes. Ilmu dan motivasi ada cabangnya. Contoh saya berikan beberapa di bawah...

Cabang Ilmu
Bisnes - Internet - Produk Fizikal - Pakaian - Laman Web - Idea - Teknik - dan seterusnya...

Cabang Motivasi
Sifu (buku, seminar, personal coaching dll.) - Ilmu, teknik dan semangat (magnet diri, contoh kejayaan dll.)

Jika kita hanya bermotivasi tetapi dari segi ilmu terutama dari segi tekniknya kurang atau tidak ada berapa banyak hasil yang dapat kita jana?

Contoh jika ada motivasi iaitu semangat yang telah di tiup ke dalam diri, kita boleh dengan serta merta bertindak bagi memulakan bisnes, tapi kurangnya ilmu akan membuat bisnes kita tidak ke mana. Saya bagi contoh...

Kita pergi mendengar seminar motivasi. Kemudian sekembali sahaja dari mendengar ceramah motivasi dan mendapat ilmu yang dibekalkan, kita pasti bersemangat memulakan bisnes. Tetapi kita tidak sedar, ilmu yang kita dapat semasa seminar adalah asas dan tidak khusus kepada keperluan kita yang sebenar. Rasa-rasanya apa akan jadi? Bila tidak dapat apa yang diimpikan, secara tak langsung semangat diri akan jatuh semula dan mungkin akan meninggalkan impian dari menjadi kenyataan.

Jadi dari mana nak dapatkan kedua-duanya itu? Sudah pasti kita perlu membaca, melihat/menonton untuk belajar, ingat akan pengalaman yang pernah dilalui dan paling utama adalah mencari mentor atau sifu untuk belajar. Ilmu secara khusus boleh diperolehi dari Bimbingan Peribadi atau Personal Coaching. Khususkan bisnes anda dan dalami teknik yang anda perlukan.

Jumpa lagi. Adios..


Nama saya Hairizal Hamidon. Saya memulakan perniagaan berdaftar sejak tahun 2007. Ilmu saya perolehi dari pengalaman juga dari sifu-sifu perniagaan konvensional dan internet. Kini saya lebih cenderung kepada pemasaran bisnes internet dan memberikan bimbingan peribadi yang saya namakan 'MEKANIK BISNES INTERNET'.


0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...