Servis selepas jualan...

Ada satu penyakit bagi seseorang yang mahu jadi usahawan atau peniaga terutama dalam bisnes internet yang menjual produk atau menyediakan perkhidmatan. Saya juga tidak terlepas dari terkena penyakit ni dahulu. Apakah ‘penyakit’ yang saya maksud tu? Ia bukan seperti apa yang anda gambarkan melalui tajuk pos ni. Ia adalah berkenaan :
  • keraguan
  • tiada keyakinan diri
  • tiada keyakinan berkenaan produk
  • rasa rendah diri kerana melihat produk atau servis masih terdapat kekurangan
  • dan mahu menjadi sempurna.
Kesemuanya di atas adalah berkaitan dan menjadi satu rangkuman tag : ‘menjadi perfectionist - orang yang mahukan kesempurnaan’. Ya kesempurnaan adalah penyakit yang mengakibatkan seseorang itu tidak menghasilkan sebarang pendapatan atau tidak menghasilkan pendapatan yang sepatutnya. Ini juga mungkin menyebabkan mereka berat untuk mempromosikan produk mereka sendiri seperti ulasan pos yang saya keluarkan baru-baru ini.
 
Saya mengajak anda untuk berfikir semula. Kenapa seorang jutawan itu mampu mengadakan seminar sehari dengan yuran yang mereka kenakan berharga ratusan malahan ribuan ringgit, bahkan ramai yang sanggup bayar yuran tersebut tetapi apakah kesan kepada peserta? Apakah mereka dapat jadi jutawan juga? Kepuasan? Ilmu? Kalau ada  produk sampingan yang kita boleh tonton atau baca semula ok lah lagi tapi kalau hanya mendengar ceramah semata-mata apa yang kita dapat? Hanya memori yang tinggal beberapa peratus sahaja selepas seminar. Betul tak?

Anda rasa-rasa adakah anda berpuashati atau berbaloi untuk anda membayar bagi menghadiri seminar tersebut? Ya, berbaloi apabila ramai yang membuka sedikit ruang untuk diri mereka maju dengan mempraktikkan terus apa yang diajar atau mengambil peluang untuk meningkatkan kredibiliti menjadi seorang usahawan selepas itu. Di sini nampak tak kekurangannya? Ya, ia nampak terutama kita tidak akan jadi seorang jutawan selepas menghadiri seminar jutawan tersebut melainkan jika kita – BERTINDAK! 

Tiada siapa yang sempurna, tidak ada produk atau perkhidmatan yang sempurna. Jadi apabila kita nak jadi sangat perfectionist bila kita dapat menjual? Apa yang kita boleh buat adalah dengan membuatkannya sebaik mungkin kemudian jual sahaja dahulu kemudian bolehlah perbaiki sedikit demi sedikit. Jangan takut untuk menjual, jangan takut untuk terima kritikan, belajar dari kesilapan. Jika kita bersosial, jadilah rakan yang baik, elakkan dari menyinggung mana-mana pihak.

Sedikit tips semasa dan selepas jualan

  • Sediakan seberapa banyak kemudahan bagi prospek atau pembaca sales letter
  • Sediakan seberapa banyak cara pembayaran atau alternatif

Sediakan servis selepas jualan (jika kita mampu menyediakannya) contoh :

Ruang untuk dihubungi melalui chatting, emel, telefon atau secara terus. Ini akan menampal kekurangan bagi produk atau servis dari kita.. Ini akan menjawab segala kemusykilan pelanggan. Setiap orang lain cara pemahamannya.

Adakah anda tahu ada sebuah produk yang saya sangat berpuashati membelinya dan tidak nampak sebarang kecacatan atau kekurangan produk samada berkenaan produk atau semasa proses jualan berlangsung. Tetapi masih ada lagi orang yang tidak berpuashati dengan produk tersebut. Ini kerana kita tidak mampu memberi kepuasan pada semua orang. Tapi bersyukurlah sekiranya produk atau servis kita masih ada orang lain yang suka dan berpuashati. Bermakna itulah kesempurnaan bagi produk kita. 

Sebenarnya pelanggan membeli ada beberapa tujuan. Yang penting mereka berpuashati walau terpaksa membayar mahal. Fikirkan untuk memberi yang sebaik mungkin. - Beri yang terbaikkk!

Adios..



0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...