Kita Yang Tentukan Pilihan Kita - Biasa atau Luar Biasa

Bersama Tuan Shamsuddin Kadir
Dahulu sewaktu saya masih bekerja makan gaji, ramai diantara rakan-rakan saya adalah mereka yang merokok. Apabila berbual-bual bersama mereka sudah semestinya mereka akan merokok. Apa yang melekat pada badan saya adalah bau asap rokok. Sebaliknya berlaku apabila kita memasuki kedai minyak wangi. Masuk tak pakai pewangi, tetapi keluar bau haruuuummm.. je.. badan kita...huhu.. 


Begitu juga kita yang inginkan ilmu, inginkan kejayaan atau inginkan kekayaan maka berkawanlah dengan mereka yang berilmu, yang berjaya atau yang kaya supaya secara tak sengaja pun kita akan terikut rentak, cara dan akan memperolehi apa yang mereka miliki. Bukanlah maksud saya apabila berkawan dengan orang kaya kita berpeluang untuk dapat meminjam duit mereka atau terus membuang langsung kawan-kawan yang lain. 

Apa yang saya maksudkan, apabila kita berkawan dengan orang luar biasa kita akan terdorong untuk lakukan perkara yang luar biasa dan hasilnya akan jadi luar biasa, berbeza apabila kita hanya berkawan dengan orang yang biasa-biasa maka akan jadi biasa-biasa jugalah kita. Cuma di sini apa yang saya mahukan kita kena kena imbangkan untuk dua perkara. Yang pertama contohnya, kita anggaplah mereka yang berjaya itu ditanda sebagai positif manakala mereka yang gagal itu di tanda kepada negatif. 

Perkara positif kita perlu ikut seperti cara, gaya, belajar berkenaan apa yang membuatkan mereka-mereka yang berjaya itu mampu berada pada tahap tersebut. Tetapi jika kita berkawan dengan orang yang gagal kita negatifkan cara dan tindakan kita agar tidak mengulangi kegagalan mereka. Bermakna yang positif kita ikut, yang negatif kita jadikan pedoman agar kita tidak turut sama mereka termasuk sekali dalam lubang kegagalan. 

Bersama Sifu Trainers - Puan Ainon
p/s : Maaf kepada rakan yang merokok, saya sebenarnya kurang selesa kerana merasa sesuatu telah melekat di badan.. ~Oh.

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...