Bahasa Peniaga

Bagi seorang peniaga, bahasa memainkan peranan yang paling penting walau kita hanya menguruskan perniagaan mail order dan bersuara melalui surat jualan sahaja. Bahasa akan menggambarkan diri seorang peniaga seterusnya adalah menggambarkan sekali bisnes mereka. Jadi latihan dari ilmu yang dipelajari, yang didengari, dipraktis dan dibiasakan adalah penting. Kita bukan lagi orang awam yang bebas mengucapkan apa sahaja, kerana bahasa kita adalah bisnes kita. 

Bahasa yang digunakan juga boleh menggambarkan sejauh mana bisnes kita akan mencapai hasil yang baik. Bahasa juga bergantung juga kepada bisnes yang dijalankan. Di sini saya merumuskan kepada 3 jenis peniaga. 
  1. Peniaga jenis pasar, 
  2. Peniaga jenis urusan terbuka 
  3. Peniaga konvensional mail order/Internet. 
Ketiga-tiga jenis peniaga ini ada sedikit perbezaan dari segi gaya bahasa. Walaubagaimanapun, adab dalam berurusan perlu dijaga dan di akhiri dengan ucapan 'terima kasih'. Elakkan dari mengungkapkan perkataan seperti 'agaknya', 'rasanya', 'mungkin' dan yang seangkatan dengannya ini kerana peniaga berurusan dengan suatu urusan yang pasti. Jadi, ungkapan yang sedemikian akan memberikan keraguan buat pelanggan atau pembeli. Melainkan pada percakapan tidak rasmi atau keperluan untuk mengungkapkan perkataan seperti itu. 

Seorang peniaga apabila bercakap, mereka akan bercakap dengan teratur dan tersusun, langkah demi langkah, ia tidak kelihatan gugup dan tergopoh-gapah senang cerita tujuannya agar pelanggan faham dengan apa yang mereka ingin sampaikan. Satu tips untuk memudahkan bagi komunikasi agar urusan perniagaan berjalan dengan lancar adalah dengan tenang, merangka terlebih dahulu dan tahu apa yang mahu dilakukan atau tahu berkenaan produk yang ingin ditawarkan. 

Yang paling penting, seorang peniaga itu mestilah berilmu dan sentiasa mahu mencari ilmu terutama ilmu berkenaan perniagaan yang ingin dijalankan. Baiklah, rasanya setakat ini dahulu buat kali ini. InsyaAllah bertemu pada entri lain pada hari yang lain...

Terima kasih :)

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...