Menjadi Jutawan Domain?

Bismillah

Baru-baru ni ada la pelanggan saya bertanya berkenaan jutawan domain mesej melalui Whatsapp. Berapa modal nak mula?

Puas gak la nak fikir, bila masa plak aku ada cakap pasal jutawan domain ni? Kat blog ke? Kat e-mel ke? Ke.... kat e-book terbaharu aku dan pakej-pakejnya?

Atau dia ni salah orang, atau ada orang guna nama aku..? Betul-betul saya nak ingatkan balik. So, saya balas la mesej dia, saya tanya la semua tu... Saya pun beritahu juga walau saya ada buat servis setting domain, rasanya tak pernah saya bercakap mengenai jadi jutawan dengan domain sahaja.


Rupa-rupanya beliau nak survey pendapat saya berkenaan sebuah laman web yang mengatakan dengan domain seseorang tu boleh jadi jutawan. Kalau saya kata ok, saya rasa beliau dah beli dah e-book tu. Bila dah whatsapp, tak dapat la saya terangkan segalanya berkenaan domain dan saya sempat terangkan berkenaan reseller sahaja.

Sebenarnya memang ada orang gunakan domain dan jadi jutawan darinya. Nanti saya ceritakan.

Sebelum tu saya terangkan serba ringkas berkenaan domain jika anda masih baru dan blur dengan perkataan tu. Domain tu adalah seperti...www.tipsbisnesfb.com, www.j-reka.com dan sebagainya. Yang berwarna merah tu saya tandakan sebagai nama domain. Jadi itulah secara ringkasnyaaaa...

Ok, sekarang saya akan beritahu antara sebab bagaimana domain tu boleh buat duit atau ada juga individu yang dah jadi jutawan pun dengannya. Antaranya adalah..

Reseller
Secara ringkasnya dan mudah untuk anda fahami, server adalah penyedia untuk hosting (tapak laman web) dan domain seperti yang telah disebut tadi serta yang lain-lainnya. Nak menyediakan kelengkapan untuk server perlukan modal yang besar. So, rata-rata orang mampu untuk jadi reseller sahaja. Ok, itu pun dah best dah tu. 1 MB boleh caj RM1. Modal hanya beberapa sen je. Tapi setiap syarikat server ada la pakejnya untuk menjadi reseller bagi mereka. Saya boleh cadangkan server namecheap.com jika anda mahu jadi reseller.

Setting Domain dan Hosting
Kerjanya macam saya buat sekarang ni. Ini antara servis saya untuk setting untuk mereka yang tidak ada pengetahuan dalam bidang ni atau mereka yang sibuk dengan tugasan lain. Antara kerjanya adalah..
  1. Belikan nama domain dan hosting kemudian upload file hosting ke server.
  2. Setting domain berbayar seperti dari blogger (blogspot) bagi menampakkan lebih profesional serta bersungguh-sungguh menjalankan bisnes internet. Contoh dari www.j-reka.blogspot.com ke www.j-reka.com.

dapat duit jadi jutawan

Beli Domain
Caranya bagaimana? Anda beli domain yang ada keunikan dan anda jual di marketplace antaranya di sedo.com. Caranya adalah anda jual dengan harga yang dah anda tentukan atau melalui bidaan. Jelas? Tak jelas? Begini, facebook dilancarkan pada 4 Februari tahun 2004 betul tak? Katakanlah pada tahun 2003 anda membeli domain www.facebook.com. Pengasas facebook iaitu Mark Zuckerberg nak sangat dengan nama facebook. Agak-agak lah berapa beliau sanggup bayar anda bagi mendapatkan nama facebook.com tersebut?

Hehe.. Kayo pakcik!

Sebab tu ada individu yang kaya dengan hanya jual domain sahaja. Tapi idea kena kreatif dan nama tersebut belum dibeli oleh sesiapa lagi. Sekarang ni nak cari nama domain yang unik agak sukar sebab dah ramai orang miliki nama yang unik. Tapi selagi ada rezeki mesti ada lagi nama unik yang masih ramai tidak membeli nya dan anda masih ada peluang untuk buat duit.

Ada lagi sebenarnya bagaimana dengan domain boleh buat duit seperti kaedah 'parking domain'... Alamak saya dah ngantuks dah nih.. Kena tido dulu.. Saya rasa penerangan ketiga-tiga cara di atas adalah paling utama untuk dijelaskan kepada anda.

Ok lah, saya rasa setakat ni je la perkongsian saya. Dah panjang berjela dah ni.. Jumpa lagi!

Adios...


0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...