Naik Harga dan Turun Harga

Salam sejahtera ke atas anda!

Hari isnin lepas agak sibuk menaikkan video-video tutorial saya ke alam cyber ni. Pagi tu berkunjung ke rumah saudara-saudara yang akan berangkat ke tanah suci Mekah bagi menunaikan haji. Balik sahaja terus buat kerja meng 'upload' video hingga ke jam 12 malam sebab kapasiti yang besar (telah diasing-asingkan kepada fail-fail yang lebih kecil).

Sebelum dari itu saya juga telah membantu seorang pelanggan saya bagi 'menimbulkan' semula laman webnya yang telah di godam atau di hack bukan uhuk-uhuk! gula-gula hacks tu... 

Apa daa.. kesianla kat orang lain yang nak mencari rezeki. Janganlah bimbang rezeki kita tetap ada tapi janganlah aniaya orang lain. Kalau nak test power sekalipun ada banyak lagi kaedah lain. Kira baguslah bagi orang yang telah disusahkan tu tak buat report ke pihak berkuasa, cuma saya tak tahu kalau dia report kat Allah jawapannya makbul kerana doa orang yang dizalimi tu makbul doanya. So fikir-fikirkanlah...

Maafkan saya kerana mukaddimahnya adalah bercerita perkara yang lepas-lepas. Ha, ni baru nak masuk gear!

Hari ini ia terkeluar sedikit dari motivasi untuk bisnes lah ye.. Mengikut kata pakar pemasaran, produk baharu tidak harus diletakkan dengan harga yang rendah. Sebab akan datang kita sukar nak naikkan harga. Nak turunkan harga lagilah tak dapat sebab berapa margin yang dapat dicapai untuk buat keuntungan? Tambahan pula harga barangan mentah pasti akan naik mengikut peredaran masa. Apabila kita letakkan dengan harga yang munasabah tinggi (tidak rendah), akan datang kita dapat rendahkan sedikit harga bagi mengimbangi saingan.
Imej dari perdana.org.my

Ada banyak sebab kenapa harga barangan akan turun dan harga barangan akan naik. Secara ringkasnya harga barangan akan naik selain inflasi dan peredaran semasa apabila produk tersebut tiada/kurang saingan dan ia juga boleh disebabkan atas permintaan. Masih ramai pengusaha tidak akan sewenang-wenangnya menaikkan harga produk tersebut tetapi terpaksa dinaikkan di sebabkan permintaan yang lebih dan melibatkan kos seperti untuk membayar kos pekerja serta kos-kos yang lain selain kesukaran mendapatkan bahan mentah.

Antara sebab lain kenaikan harga barangan
  • Kenaikan harga minyak (ada faktor penyebab kenaikan ini sebagai contoh seperti kes penyeludupan) ini akan menyebabkan kos pengangkutan juga naik dan merebak kepada kos-kos yang lain.
  • Bencana alam seperti banjir dan kemarau berpanjangan. Sebagai contoh harga beras terpaksa naik atas faktor permintaan dan stok beras kurang.
  • Kenaikan matawang asing dan kejatuhan nilai mata wang kita.
  • Menyorokkan barangan keperluan utama/seharian
  • Permintaan pasaran lebih tinggi daripada bekalan akan tercetusnya inflasi 
  • Stok kurang tetapi permintaan tinggi.

Antara sebab penurunan harga barangan
  • Teknologi berkembang dengan cepat jadi nilai barangan berteknologi terkemudian akan terjual dengan harga yang rendah bagi mensasarkan pengguna tertentu.
  • Boleh juga disebabkan inflasi. Kebimbangan peniaga untuk menghasilkan jualan dari stok yang ada agar dapat bertahan untuk satu tempoh.
  • Stok dah banyak melambak.
  • Masih ada permintaan tetapi saingan sudah ramai. Dengan sebab itu peniaga terpaksa mengimbangi dengan harga pesaing.
Saya teringat semasa menjual ikan dahulu sebagai contoh saya pernah menjual ikan bolos dengan harga sekitar 3-4 ringgit sahaja apabila baru-baru ini saya ke sebuah pasaraya terkemuka. Di sana saya menuju ke bahagian barangan basah. Saya terlihat harga sekilo ikan bolos RM18! (huhu.. kalau tak silap la.. tapi yang pasti ia terjual berbelas-belas ringgit) Kenapa boleh jadi macam tu?

Saya andaikan kalau naik sekalipun mungkin dalam anggaran 6-8 ringgit sahaja sekilo. Ia sekarang melebihi harga ikan tenggiri. Saya membuat kesimpulan, dahulu orang tidak kenal dan tak tahu cara memasak ikan ini. Bukankah formulanya stok ada tetapi permintaan kurang menyebabkan harga akan rendah. Saya sendiri pernah promosi ikan ini dahulu dengan memberikan idea bagi memasak ikan ini. Sekarang mungkin ramai yang sudah menggemari ikan ini maka harga pasaran naik dengan tinggi. Begitulah nilai ikan bolos ia disebabkan permintaan kita sebagai pengguna itu sendiri.

Peniaga/pengeluar dan orang awam memainkan peranan penting dalam menentukan harga barangan. Sebagai pengguna kita harus bijak memanfaatkan kepenggunaan dan keperluan.

Adios....

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...