Survey Bagi Membina Blog Yang sesuai dan Bagi Meningkatkan Trafik

Apabila membuat bisnes secara online atau ingin menjana pendapatan di internet, kita perlu membuat beberapa survey. Cuba cari kata kunci di web browser (pelayar web) sebagai contoh seperti ini “bagaimana mahu menaikkan trafik di blog”. Kemudian kita akan dapati begitu banyak tips yang akan diberikan untuk menaikkan trafik blog. Kebiasaannya blog atau web yang mengeluarkan artikel ini sudah punyai banyak pengikut. Kebiasaannya separuh daripadanya akan menjadi pembaca setia yang sentiasa mengikuti setiap entri yang dikeluarkan. 

Kita akan dapati blog atau web yang menggunakan konsep yang bagaimana akan disukai pembaca di internet. Tetapi berhati-hati dengan memilih niche kesukaan pembaca kerana bila ramai pembaca maka banyak jugalah saingan buat kita. Jika tersilap langkah dan tidak mahir menggunakan keyword mesra SEO, blog atau web kita akan tenggelam. 

Di internet, kebarangkalian 100 pengunjung blog/web kita akan bertukar menjadi seorang pelanggan yang akan membeli produk atau menempah perkhidmatan kita – Bergantung juga kepada apa jenis produk/perkhidmatan yang ditawarkan serta kebolehan dalam membina ayat sales letter. Jadi pilih yang bagaimana? Mahu yang banyak pengikut tidak semestinya akan membeli produk apabila niche kita adalah blog yang tidak membincangkan berkenaan bisnes. Mungkin ia lebih sesuai untuk menawarkan khidmat bagi mengiklan. 

Begitu juga bahasa dalam penulisan yang digunakan. Golongan sasaran hendaklah diambil kira. Sekiranya kita memilih niche berkenaan pengalaman dan kehidupan, mungkin kita tidak boleh menulis dengan bahasa atau cara penulisan berbentuk skema. Gaya penulisan lebih terarah kepada lebih santai dan begitulah sebaliknya. Apa yang lebih penting kita mempunyai pembaca yang berminat dari niche yang kita tulis. Setiap orang punyai kecenderungan mereka. Tetapkan niche sebuah blog yang hendak dibuat dan konsisten. 

Ada satu tips SEO yang saya dapat berikan untuk menarik lebih ramai pengunjung ke blog kita. Sebelum menulis pastikan tajuk dan artikel berkenaan apa. Seperti kata rakan blog yang pernah saya lawati, lebih kurang beginilah bunyinya “.. jika kita menulis berkenaan Dato’ Siti Nurhaliza dan menaip kata kunci di web browserDato’ Siti Nurhaliza’ Kata carian berkenaan Dato’ Siti Nurhaliza memang banyak. Kalau tidak kena caranya, artikel dari blog kita akan tenggelam. Maka sukar untuk menghasilkan pengunjung."

Sebagai contoh jika anda menulis seperti ini “Dato’ Siti Nurhaliza dimarahi” Agak-agak andalah berapa ramai yang menulis artikel berkenaan. Jika tidak ramai maka artikel anda akan berada di page pertama hasil dari gabungan perkataan ‘Dato’ Siti Nurhaliza’ dan ‘dimarahi’. Jadi untuk menulis biarlah ia masih segar belum lagi pernah orang lain menulisnya sebelum ini.  Untuk mencari keyword yang dicari pengguna internet dan melihat berapa banyak persaingan kata carian tersebut, anda boleh cari keywordnya di sini ...


Jumpa lagi.. Adios!


0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...