Peluang Bisnes Internet

Baru-baru ini salah seorang pengusaha perkongsian saya dalam bisnes online telah mendirikan tapak jualan secara offline bagi produk pakaian bayi. Jarang saya dengar dari pengusaha online berjual beli pula secara offline. Biasanya dari perniagaan offline akan membina pula perniagaan online kemudiannya. Baguslah tu untuk menambah medium jualan dan tidak mengharapkan pada satu acuan bisnes.


Kita lihat sekarang ni syarikat-syarikat besar juga memastikan keuntungan dapat dicapai semaksimum mungkin dengan mempelbagaikan kaedah atau mengoptimumkan apa jua cara, yang penting dapat memberi alternatif dan kemudahan kepada jenis pelanggan yang khusus disamping dapat menambah pendapatan atau keuntungan mereka. Kini terdapat 2 kaedah utama iaitu pasaran terbuka dan juga mail order melalui kaedah tradisional, internet, khidmat pesanan ringkas SMS dan lain-lain.

Peluang buat bisnes di internet juga luas. Apa yang penting belajar dan pilih jenis bisnes yang kita minat. Carilah blog-blog perniagaan internet dan forum-forum di Internet. Banyak sumber dan pilihan yang boleh kita dapat di internet. Gunakan internet sebagai gedung ilmu baharu buat kita dan dengan bijak menggunakan pelayar web bagi mencari bisnes yang kita minat. Bagi mereka yang ingin menceburkan diri dalam bisnes online sendiri bolehlah belajar membina laman web dan blog dari video tutorial yang saya sediakan di sini... Klik di sini. Ini kerana laman web dan blog adalah sumber paling penting di internet.


0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...