Signature E-Mel

Bismillah..

Sebelum saya berguru dengan jutawan internet Dr. Irfan Khairi dulu, saya sudah mengetahui beberapa teknik-teknik pemasaran internet dan tahu cara membuat laman web sendiri tetapi saya masih belum menjana pendapatan yang baik dalam bisnes internet.

Selepas belajar dari beliau melalui personal coaching yang dianjurkannya dahulu, laman web saya berubah dan nampak lebih profesional dan pendapatan mula terhasil. Kesilapan saya satu je. Apa dia? Saya lupa untuk selalu lihat e-mel kerana sudah beberapa minggu atau bulan saya tidak buka e-mel yang mana peringatan berkenaan tarikh akhir web hosting saya akan berakhir dan akhirnya ia berakhir sebab bila saya buka laman web saya, ia hanyalah web kosong sahaja.

Setelah diperiksa, baru saya tahu laman web saya sudah tamat tempoh dan tak sempat untuk saya perbaharuinya. Sayang seribu kali sayang, selepas dapat memperbaiki paparan laman web saya dan menunjukkan peningkatan jualan, laman web saya hilang begitu sahaja.

signature e-mel


Bagi yang mempunyai bisnes melihat selalu e-mel adalah penting. Saya juga tidak lari dari masalah ini. Penting, sebab jika ada jenis pelanggan yang mudah bosan menunggu lama jawab-balas e-melnya, besar kemungkinan bagi mereka beralih kepada saingan kita adalah tinggi. Jika anda sukar untuk melihat selalu e-mel, sediakan alternatif pemberitahuan kepada prospek seperti mengisi borang mesej e-mel dan SMS untuk mengingatkan, setidak-tidaknya prospek akan faham dan menuruti apa permintaan anda.

Ok, di bahagian e-mel samada yahoo, google dan lain-lain biasanya ada menyediakan kemudahan untuk anda meletakkan signature anda setiap kali anda mengirimkan e-mel. Signature yang anda telah setkan akan secara 'auto' akan terisi setiap kali anda mengirimkan e-mel dari akaun tersebut. Jadi tidak perlulah anda mengisi maklumat wajib anda setiap kali menghantar e-mel. Ia juga sebagai bentuk iklan atau promosi. Biasanya signature bagi yang buat bisnes akan meletakkan promosi atau alamat web/blog. Jadi ambil kemudahan yang disediakan ini.

Sebenarnya kali ni saya nak buat entri berkaitan paparan web dan blog, tapi terpaksa tunda pada entri yang seterusnya. Nantikannya inshaAllah..

Adios!


Nama saya Hairizal Hamidon. Saya memulakan perniagaan berdaftar sejak tahun 2007. Ilmu saya perolehi dari pengalaman juga dari sifu-sifu perniagaan konvensional dan internet. Kini saya lebih cenderung kepada pemasaran bisnes internet dan memberikan bimbingan peribadi yang saya namakan 'MEKANIK BISNES INTERNET'.


0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...