PayPal - Bagaimana Nak Buat Pembayaran Online

Bismillah,

Bagi peniaga yang mempunyai harga tetap seperti menjual produk, biasanya mereka akan meletakkan Paypal yang sudah tersedia harga, ia lebih mudah. Lain pula jika servis atau perkhidmatan yang selalunya tiada penetapan harga. Bagi mereka yang sudah ada akaun akan ke laman web Paypal, log in dan send payment dengan mengisikan sekali butiran e-mel penjual tersebut.

Tutorial ini menunjukkan cara menghantar wang ke akaun PayPal orang lain/penjual dari akaun PayPal anda/pembeli. Baki akaun PayPal anda akan digunakan dahulu. Kalau baki tidak mencukupi, PayPal akan mengambil jumlah tersebut dari kad kredit atau kad debit anda.

PayPal adalah sebuah payment gateway yang popular dan mesra pengguan di peringkat antarabangsa, membolehkan untuk wang akan dihantar kepada 190 buah negara dalam 25 mata wang yang berbeza. Anda boleh menghantar wang melalui PayPal kepada mana-mana orang atau perniagaan dengan alamat e-mel, tanpa mengira sama ada penerima mempunyai akaun PayPal. 

Bagaimana caranya?

Bagi yang telah ada akaun Paypal, prosesnya sangat mudah. Ini boleh dilakukan dengan log masuk ke dalam akaun PayPal dan klik pada "Send Payment", Isikan dalam akaun e-mel penerima dan jumlah yang perlu dibayar atau jumlah wang yang mahu dikirim/dijelaskan, dan kemudian klik "Continue", seperti 2 imej yang ditunjukkan di bawah.

Paypal Cara make payment

Paparan imej di atas bagi anda yang ada akaun paypal dan sudah log in. Boleh juga klik di sini : https://www.paypal.com/my/webapps/mpp/make-online-payments

Tipsnya adalah mudah. Hanya ikut sahaja arahan pengisian hingga selesai.

Paypal Cara mengirimkan bayaran

Selepas itu, semak e-mel anda untuk mesej yang mengesahkan bahawa bayaran anda telah dihantar.

Itu je..

Adios...


Nama saya Hairizal Hamidon. Saya memulakan perniagaan berdaftar sejak tahun 2007. Ilmu saya perolehi dari pengalaman juga dari sifu-sifu perniagaan konvensional dan internet. Kini saya lebih cenderung kepada pemasaran bisnes internet dan memberikan bimbingan peribadi yang saya namakan 'MEKANIK BISNES INTERNET'.


0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...