Cara Nak Buat dan Jenis E-Book

Bismillah,

Entri yang saya buat kali ni juga adalah satu permintaan dari pembaca blog ini. Saya merasakan masih ramai yang tidak tahu cara nak buat e-book dan mungkin masih ramai yang tidak tahu apa itu e-book.

word pdf ebook writer

Seperti saya dahulu ketika saya sudah pandai buat sebuah laman web, saya masih tidak tahu cara nak buat e-book. Saya masih buat buku yang berbentuk fizikal paling tradisional. Apa tu? Ye lah, saya buat dalam Microsoft Word, saya print melalui mesin printer, saya fotostat banyak-banyak (kalau buat sikit kan mahal), saya binding, saya promosi melalui laman web saya untuk jual dan akhirnya saya akan dapat duit.. Oh!

Sebab apa? Sebab saya tak tahu nak buat e-book yang keuntungannya boleh mencecah 300 peratus!(malah lebih) sebab tidak ada modal diperlukan. Modal hangus tu adalah, modal tetap iaitu komputer dan internet. Yang lain tu boleh dapat free je.. 

Saya cukup berasa hampa bila saya beli e-book dengan tajuknya lebih kurang macam ni 'Bagaimana Nak Buat E-book', tapi tak diterangkan bagaimana proses dari word ke pdf dan cara bagaimana nak buat kaver e-book. 



Kaver E-book

Kaver (kulit buku) e-book bukan perkara utama. Ia hanya memperlihatkan kesan desain buku tersebut seperti nampak cantik dan menarik sebagai tarikan kepada sesebuah e-book.

Baik, cara nak buat kaver e-book saya tidak akan terangkan di sini kerana itu lebih teknikal kerana ia memerlukan pengetahuan grafik. Mungkin saya boleh terangkan nanti kat blog saya satu lagi di j-reka.com. Apa yang saya boleh tunjukkan adalah cara nak convert dari Microsoft Word ke PDF kerana itu lebih utama. Bagi pengguna OS open source seperti Ubuntu, boleh guna Libre Office (Writer).

Nak buat e-book ada banyak cara. E-book itu sendiri ada peranan dan yang paling utama adalah untuk menyukarkan seseorang yang lain mengubah isi penulisan kita iaitu hak cipta kita. Penggunaan PDF atau Portable Document Format adalah yang paling popular di gunakan. Ada yang menggunakan software berbayar biasanya file EXE yang lebih selamat dan beberapa jenis yang lain.

Bagaimana nak buat file pdf? 
  1. Anda boleh muat turun software percuma di sini PRIMO PDF
  2. Pasang(Install) di komputer anda.
  3. Mulakan dengan membuat 'buku' anda dengan menaip di microsoft word. Seperti biasa bila selesai kerja klik 'Save'. Jika sudah sedia ada, buka word tersebut dan kali ni klik 'File' > Cari 'Print' dan klik.
    Cara hasilkan e-book
    Kredit gambar untuk blogseoengin.blogspot.com
  4. Skrol drop down untuk klik PrimoPDF seperti imej di atas. Bila lihat setting semua ok, klik 'OK'
    cara buat dan print ebook
  5. Popups dari PrimoPDF. Klik 'eBook' > Klik 'Create PDF'
  6. Anda boleh tambah ciri keselamatan. Lihat imej di bawah.
Ciri keselamatan ebook pdf


Siap!

Sekarang ni lagi senang nak buat pdf, hanya guna M. Word 2013 jika ada, kalau takde boleh muat turun Libre Office secara percuma je. Kerana di dalam Word sudah ada fungsi pdf, sekali klik sudah siap fail pdf anda. Berikut di bawah langkah demi langkah tutorial dari microsoft office.

Office.microsoft.com

Click the File tab.
Click Save As.
To see the Save As dialog box in Word 2013, you have to choose a location and folder.
In the File Name box, enter a name for the file, if you haven't already.
In the Save as type list, click PDF (*.pdf).
If you want the file to open in the selected format after saving, select the Open file after publishing check box.
If the document requires high print quality, click Standard (publishing online and printing).
If the file size is more important than print quality, click Minimum size (publishing online).
Click Options to set the page to be printed, to choose whether markup should be printed, and to select output options. Click OK when finished.
Click Save. 


Kategori E-book Anda

Tujuan kita membuat e-book memang banyak bergantung kepada matlamat seseorang. Sesebuah tulisan jika tidak dinyatakan 'Hak Cipta Terpelihara' pun sudah ada hak cipta di situ sebenarnya. Jadi bagi yang menciplak bulat-bulat memang satu kesalahan melainkan telah mendapat izin penulis asal.

Yang biasa bagi seseorang yang ingin menjual e-book bolehlah dibahagikan e-book ini kepada e-book jualan biasa, RR, MRR dan PLR. Di sini saya akan memberi penerangan ringkas apa itu RR, MRR dan PLR.

RR (Resell/Resale Right)
E-book jenis resell right tertakluk kepada hak cipta. Ia di kategorikan resell right atas sebab dari deklarasi hak cipta dan penafian dari e-book yang dibuat itu sendiri. Contoh pada e-book itu di beritahu begini :
"E-book ini tidak boleh di berikan dengan percuma, tidak boleh di ubah dari segi kaver dan tidak boleh di ubah kandungan di dalamnya. Hanya boleh dijual semula oleh pembeli pertama sahaja."

Kiranya RR ini hanya ada dua peringkat sahaja. :
Penulis/Penjual Pertama > Pembeli/Penjual ke-2 > Pembeli
Bermakna pembeli kedua (peringkat ke-3) tidak mendapat hak jual semula.

MRR (Master Resell Right)
Jika anda buat atau beli e-book ini bermakna tiada peringkat pembeli. Setiap peringkat pembeli produk akan berhak menjual semula selagi tidak melanggar syarat ditetapkan(ia tertakluk kepada syarat di nyatakan). Syarat utama bagi MRR adalah tidak boleh mengubah kaver dan kandungan e-book.

PLR (Private Label Right)
Daripada dua kategori e-book di atas, yang ni paling best! Sebab apa, jika kita membeli PLR, kita bebas membuat apa sahaja samada menulis bahan untuk blog, video, menjual semula, membuat desain kaver sendiri, boleh edit dan banyak lagi dan yang paling best boleh mengaku e-book itu kita yang punya! Tapi, kena jadikanlah e-book dulu sebab PLR biasanya akan diberi dalam bentuk Word yang mudah untuk di edit.

Sekian sahaja perkongsian saya untuk hari ini. Anda boleh dapatkan PLR bahasa melayu dengan harga terbeliak sebab murah yang ada saya sediakan di sini -- PLR OFFER

Ok, jumpa lagi yo...

Adios!


Nama saya Hairizal Hamidon. Saya memulakan perniagaan berdaftar sejak tahun 2007. Ilmu saya perolehi dari pengalaman juga dari sifu-sifu perniagaan konvensional dan internet. Kini saya lebih cenderung kepada pemasaran bisnes internet dan memberikan bimbingan peribadi yang saya namakan 'MEKANIK BISNES INTERNET'.


14 ulasan:

  1. terima kasih sudi kongsikan cara buat ebook..lama dah saya cuba mencari bagaimana nak buat ebook

    BalasPadam
  2. Saya pertama kali nk belajar buat eBook. Saya mula dengan MS Word, lps tu convert to pdf. Adakah file dlm format PDF tu perlu di save dlm software tertentu (eBook creator) sebelum boleh di publish/dijual? Reply to my email sobisal@gmail.com

    BalasPadam
  3. Bolehkah ebook itu di print oleh orang lain bila dah dipublish? Kalau sy pakai word shj, cuma perlu tukar ke pdf shj kan? kemudian bagaimana hendak menjualnya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. E-book boleh di print. Tetapi ia telah ada hak cipta terpelihara.
      2. Ya
      3. Promosi seperti di facebook, blog, laman web dan banyak lagi medium yang lain.

      Padam
  4. Kita nak publish ebbok kita nii kat mana yer? Boleh bagi cadangan tak..terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Secara asasnya boleh di letak / jual di website atau blog bagi tujuan muat turun pembeli.

      Padam
  5. Dekat mana kita nak publish kita punya e-book nii? Boleh bagi cadangan dan panduan tak? Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jawapan no. 1 telah saya jawab.
      Dalam program online saya ada membuat bimbingan untuk bisnes online termasuk buat e-book panduan A-Z iaitu hingga dapat menjual.
      Ada panduan lain melalui e-book. Jika saya ada simpan lagi saya akan beritahu di sini secepat mungkin.
      Sebarang pertanyaan lanjut boleh e-mel kepada saya.

      Padam
  6. Saya telah sediakan ebook lengkap membuat e-book. Buat masa ni laman www.mekanikbisnes.com dalam pembinaan dan belum sempat saya masukkan e-book tu.

    Jika ada sesiapa yang berminat boleh mesej je kat saya ye.. :)

    BalasPadam
  7. Assalam, saya nak tanya tentang setting microsoft word ke pdf,ada kemungkinan@risiko setting/margin lari apabila ebook dibaca di komputer lain?

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam.

      Pastikan semua ok baru publish ke pdf. Dari pengalaman saya, setting tak lari walau ke komputer lain. Cuma mungkin default zoom-in setiap komputer yang berbeza dan boleh diubahsuai.

      Padam

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...