Profil dan Bisnes 2014

Hairizal HamidonProfil Bisnes

Ini adalah kemaskini profil dan bisnes saya tahun 2014.

Saya memiliki perniagaan yang berdaftar sejak tahun 2007 lagi. Saya membuat program keusahawanan secara offline seperti Bimbingan Peribadi, Kursus/Bengkel/Seminar, Kejuruteraan, produk Kraf sebagai hobi sebagai pendapatan sampingan. 

Pada dasarnya saya menjalankan produk dan perkhidmatan bisnes yang berasaskan dari rumah secara konvensional. Tetapi saya tetap juga menjalankan bisnes-bisnes Internet. Dalam usaha memberi kepelbagaian dalam minat dan kecenderungan dalam seni, saya mengaplikasikannya di internet dengan menjurus dalam bidang web/blog grafik.


Dalam pemasaran internet, saya bermula sejak tahun 2007 lagi seiring dengan memiliki perniagaan berdaftar. Belajar sedikit demi sedikit dari tahun tersebut kerana keterbatasan waktu, kini bidang perniagaan internet sudah menjadi perniagaan utama saya.

Pada tahun 2014, bisnes yang dahulunya saya buat hanya part time, kini telah dibuat secara full time. Bidang kejuruteraan seperti pembaikan dan pengubahsuaian seperti piping dan welding yang dahulunya menjadi pekerjaan tetap saya kini menjadi bisnes part time saya.

Bidang seperti service offline seperti cetakan baju, buat blog, penjimat minyak, perniagaan telekomunikasi kini dipromosikan di internet.

Perniagaan saya adalah lebih kepada bisnes SOHO (Small Office Home Office) atau perniagaan yang berasaskan dari rumah. Pengkhususan kepada bimbingan dan motivasi perniagaan seperti dalam bentuk penulisan, bimbingan idea bisnes dan peraturan. Saya menguruskan bisnes ini sendiri, tetapi jika tempahan mengatasi masa yang diperlukan saya akan mendapatkan bantuan rakan-rakan samada rakan usahasama atau mengupah orang lain bekerja bersama saya.


Pautan Web

Saya telah memilih domain www.mekanikbisnes.com di mana akan datang disitu pelbagai produk pendapatan pasif akan saya letakkan di situ termasuk cara membuat web yang mana saya telah menghasilkan e-book itu sebelum ini. Tetapi tetap ada keutamaan untuk produk mekanikbisnes itu sendiri.

Berikut adalah pautan web yang terkini :

www.j-reka.com - membuat blog dari blogspot dan niche lebih tertumpu kepada membuat blog perniagaan dan e-commerce blogshop seperti shopping cart (menjual pelbagai produk dan harga dengan pengiraan automatik)

www.nazameen.blogspot.com - Blog perkongsian dengan usahawan telekomunikasi.


Bimbingan Peribadi

Secara ringkasnya Program Bimbingan Peribadi  adalah untuk memberikan bimbingan keusahawanan mengikut tajuk-tajuk yang telah disediakan.

  1. Bisnes SOHO
  2. Bina Web

Ia terbahagi kepada 2 pilihan. Secara konvensional adalah dengan berjumpa dan memberikan tunjuk ajar secara langsung. Ia lebih praktikal jika lokasi saya ketika itu berdekatan dengan peserta. Biasanya saya berlokasi ditempat saya sahaja di Kluang Johor. Peserta hanya di caj perkhidmatan mengajar sahaja. E-book diberikan PERCUMA dan pemberian yang lain atas budi bicara. Jumlah peserta  untuk satu-satu masa adalah tidak lebih dari 1-3 orang sekali sesi. Lebih dari itu akan disediakan kelas.

Pilihan kedua adalah secara online dengan menggunakan Whatsapp, FacebookYahoo Messenger atau Skype.

Yuran akan diberitahu mengikut kesesuaian masa yang diperuntukan, kaedah, tajuk serta lokasi.


 Seminar/Bengkel/Kursus

Seminar/Bengkel/Kursus keusahawanan adalah berkala. Dan mungkin tidak diadakan secara tetap setiap bulan. Tajuk diberikan pada laman blog ini dari masa ke semasa.

Anda boleh lihat di ruangan ini dan diletakkan dari masa ke semasa jika terdapat perancangan untuk mengadakannya. dengan melihat update tarikh serta tajuk terkini.


Ok itu je yang saya dapat saya kemaskini buat masa kini. Ada blog saya yang saya sedang majukan untuk perniagaan contoh berkaitan cetakan baju. Buat masa ini ia belum sedia untuk dipromosikan. Terimakasih kerana mengunjungi blog saya!




Saya boleh di hubungi menerusi:

Laman FaceBook : www.facebook.com/jaigoku


Surat Menyurat :

Hairizal Bin Hamidon

No. 1 Jalan Saujana Bistari 10,
Taman Saujana, 86000, Kluang
Johor

Atau anda boleh terus sahaja mengisi mesej anda dan akan dihantar terus ke alamat e mel kami menerusi borang yang kami sediakan dibawah ini:



Powered byEMF Web Form


Yang ikhlas,

Hairizal Hamidon a.k.a Jaigoku
No. pendaftaran perniagaan : JM0677356-P


0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...