PayPal - Langkah Demi Langkah Pendaftaran

Bismillah...

Sebelum saya mulakan panduan pendaftaran Paypal ni, untuk makluman, saya baru meletakkan Google+ Follower yang di letakkan di bahagian sidebar. Saya tak asingkan perkongsian saya di sini dan perkongsian di blog j-reka.com. Jadi semua makluman pada kedua-dua blog saya ini telah secara automatiknya akan berada di sana. Jadi harapan saya agar rakan pembaca bolehlah mengikuti saya dari kedua-dua blog ini di google plus saya dengan klik untuk join dengan saya melalui butang Google+ Follower. Terima kasih.

Paypal sudah berada lama di internet sebagai sebuah syarikat yang menguruskan transaksi bayaran antarabangsa dari penggunaan kad kredit atau kad debit secara online. Tetapi masih ramai yang tidak tahu, masih ramai yang kurang faham, ramai yang ragu-ragu juga bimbang, ramai yang takut untuk mendaftar dengan Paypal dan dengan entri ini mungkin ramai yang baru tahu kemudahan penggunaan Paypal. 

Lagipun dalam blog ini belum pernah saya keluarkan entri berkenaan Paypal. Rasa macam tak lengkap pula. Tapi saya rasa ia sebuah entri yang tidak akan basi kerana masih ramai yang mencari panduan lengkap berkenaan dengannya. Sebab itu saya membariskan entri berkaitan Paypal ini juga.



Walaupun akaun Paypal mudah didaftarkan dalam masa beberapa minit (malah saat), namun ia belum lagi dikira 'sah' jika belum diverifikasikan. Soalnya, bagaimana akaun itu boleh disahkan?

Pihak Paypal memberikan cara termudah untuk melakukan pengesahan terhadap akaun yang dibuka iaitu dengan menggunakan kad debit atau kad kredit.

Langkahnya secara ringkas:

laman web paypal

1. Daftar akaun Paypal - http://www.paypal.com/

Paypal pilihan personal atau bisnes
Pilihan untuk memiliki akaun menjadi pembeli sahaja atau pembeli dan penjual

2. Pilih jenis akaun samada Personal - Hanya untuk memliki akaun sebagai pembeli sahaja| Premier - Individu yang mahu membuat akaun sebagai pembeli dan penjual | Business - Untuk Syarikat atau atas nama kumpulan tertentu. Lihat imej di bawah.

Paypal dan pilihan untuk Personal, premier dan business

3. Klik Premier. Manalah tahu suatu hari nanti nak buat bisnes dan menggunakan kemudahan ni...

4. Anda akan dibawa ke halaman data peribadi untuk masukkan maklumat anda seterusnya. Paypal sangat menjaga rahsia ahlinya yang menjadikan ia salah sebuah payment gateway antarabangsa yang sangat dipercayai.

5. Kemudian bila selesai mengisi maklumat diperlukan, klik butang 'I agree to the Paypal User Agreemant'.

6. Klik 'Continue' dan anda akan di bawa untuk proses verifikasi atau pengesahan.

7. Anda akan di caj USD 1.95 untuk sementara sahaja sehingga anda akan dapat bil/statement kad kredit/debit atau samada boleh juga lihat secara online dalam masa 24 jam yang anda boleh lihat nanti kod 4 digit tersebut.

8. Masukkan kod tersebut di akaun Paypal anda untuk menjadikan akaun Paypal anda berstatus 'Verified'.

Ok, selesai! Itu je.. Oh ya, tahniah buat anda.

Jumpa lagi.. Adios!


Nama saya Hairizal Hamidon. Saya memulakan perniagaan berdaftar sejak tahun 2007. Ilmu saya perolehi dari pengalaman juga dari sifu-sifu perniagaan konvensional dan internet. Kini saya lebih cenderung kepada pemasaran bisnes internet dan memberikan bimbingan peribadi yang saya namakan 'MEKANIK BISNES INTERNET'.


0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...