Pemasaran Bisnes Internet - Forum Online

Bismillah,

Ramai yang kecewa kerana gagal dalam perniagaan internet. Sebenarnya bukan sahaja bisnes internet, malah bisnes konvensional lain juga sama keadaannya.

Pernah suatu hari bila saya ada di sebuah forum online, saya membaca seseorang yang nyata kecewa dan mengeluh mengatakan bahawa beliau sudah buat tips yang diberikan tetapi tetap juga tidak berhasil menjana pendapatannya di internet. Saya sangat bersimpati dengan keadaannya dan saya tahu pasti ada yang tidak kena dengan usahanya.

Sebelum saya berikan tips pemasaran di internet melalui forum online, anda bolehlah sign up atau daftar sebagai ahli forum. Cari forum dengan niche anda. Contoh jika anda yang mahu menjalankan bisnes internet, taipkan 'Forum Bisnes Internet' di pelayar web anda seperti Google Chrome. Sebelum daftar, anda boleh tinjau dulu keadaan ahli di dalamnya adakah aktif, berapa ramai ahlinya, lihat tarikh status terkini, berapa ramai yang membuat komen dan sebagainya.

Ok, jika anda sudah menjadi ahli, baca dulu syarat dan peraturan yang telah dibuat. Kemudian apa? Saya akan berikan beberapa tips seperti di bawah.
  1. Cari pautan contoh perkataan berkaitan profile setting. Kerana kita perlu memasukkan gambar, maklumat diri dan sebagainya.
  2. Sebagai orang baru, cari tajuk berkaitan 'Salam Perkenalan', dan perkenalkan diri, secara ringkas pun takpe. Itulah adab kita. Macam kita nak masuk rumah orang la gitu... Mestila beri salam dulu sebelum masuk kan..?
  3. Jika kita kurang ilmu berkaitan dan mahu belajar, jadi 'ahli senyap' dulu pun takpe dan mengikuti setiap tajuk dan diskusi yang dibincangkan. Melainkan jika kita ingin bertanya perkara yang kita tidak tahu atau faham, bolehlah join untuk sama-sama berdiskusi menerusi ruangan komen yang disediakan.
  4. Jika kita musykil akan sesuatu perkara, taipkan apa yang kita tidak tahu tersebut diruangan 'Carian'. Jika tidak ada baru kita membuat pos dengan tajuk yang kita musykilkan tersebut. Tetapi cari ruangan yang sesuai yang disediakan. Contoh jika anda mahu bertanya berkenaan 'blog'. Cari ruangan yang disediakan berkaitan blog dan tulis entri anda di situ.
  5. Jangan SPAM! Spam boleh dilakukan dibanyak tempat contohnya pada e-mel,  di facebook, blog dan mana-mana tempat diskusi seperti di forum. Bagi anda yang masih baru dengar perkataan ini melakukan spamming adalah suatu kesalahan kerana sedar atau tanpa sedar kita melakukan sesuatu perkara yang tidak beretika dan tanpa kebenaran. Contohnya jika melalui e-mel anda mendapatkan alamat e-mel seseorang tanpa kebenaran pemiliknya dan menghantar e-mel yang biasanya dengan mengirimkan promosi atau iklan anda. Jika di laman-laman sosial pula adalah mengganggu perbualan/diskusi di luar tajuk atau menghantar iklan dan promosi. Ada juga melakukan promosi bisnes tanpa kebenaran di ruangan yang tidak dibenarkan dan sesetengah forum ada menyediakan ruangan khas atau ruangan secara berbayar untuk kita menyiarkan iklan dan promosi bisnes kita.
  6. Jangan mengeluarkan entri atau komen yang menyentuh isu-isu sensitif kepada seseorang seperti diri orang tersebut, keturunan atau bangsa, adat dan budaya, juga agama seseorang.
  7. Jangan menjatuhkan maruah atau menimbulkan kemarahan sesama ahli. Itulah adab kita dan perlu dijaga. Anda hormat ahli lain, ahli lain menghormati anda.
  8. Jika anda mahu menegur, tegurlah dengan cara baik atau berhikmah.
  9. Jangan lupa isikan 'Signature' anda jika forum tersebut menyediakan kemudahan tersebut. Signature terletak di bawah komen atau entri 'thread' yang anda buat. Ia boleh jadi promosi produk anda, atau juga pautan ke web atau blog anda. Anda akan dapat lihat contoh signature ahli lain.
  10. Anda perlu konsisten dan aktif berforum!
Jadi itulah tips-tips sebagai peluang anda mempromosikan diri dan bisnes anda secara percuma. Jika anda ada banner grafik, bolehlah mengiklankannya di forum dan membuat bayaran untuk iklan yang akan dipamerkan. Jadikan diri anda dikenali, dihormati dan bermanfaat buat semua orang.

signature forum online
Thread dan Signature saya di wangcyber.com

Saya telah memberikan beberapa tips seperti di atas. Tetapi kenapa ada diantara kita masih tidak lagi mampu menjana pendapatan di internet? Haa..., sebab itulah saya buat personal coaching yang saya namakan 'MEKANIK BISNES INTERNET' sebab hanya dengan personal coaching seorang peserta dapat bertanya secara terus kepada sifunya.

Adios!


Nama saya Hairizal Hamidon. Saya memulakan perniagaan berdaftar sejak tahun 2007. Ilmu saya perolehi dari pengalaman juga dari sifu-sifu perniagaan konvensional dan internet. Kini saya lebih cenderung kepada pemasaran bisnes internet dan memberikan bimbingan peribadi yang saya namakan 'MEKANIK BISNES INTERNET'.


5 ulasan:

  1. Assalamualaikum Tuan.
    Terima kasih perkongsian ini pemasaran forum,
    membantu saya yang masih baru belajar.

    BalasPadam
  2. Wa'alaikummussalam...
    Sama-sama, harap ia sangat membantu bagi tuan dan mereka yang masih baru dalam bisnes internet.
    Oh ya, saya ada edit dalam tajuk ini iaitu terlupa meletakkan berkenaan spamming. Boleh baca semula.
    TQ

    BalasPadam
  3. Perkongsian menarik untuk sesiapa sahaja yang ingin memulakan bisnes internet, tips-tips yang ringkas dan mudah faham. Terima kasih tuan.

    BalasPadam
  4. Terima kasih tuan kongsikan artikel ni. Banyak sifu internet juga yang mencadangkan promosi bisnes melalui forum. Dengan perkongsian tuan ni, saya rasa sedikit sebanyak membantu saya orang baru dalam bisnes internet ni..

    BalasPadam
  5. Sama-sama Tuan Syed. Semoga kaya dan berjaya.

    BalasPadam

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...