Cari Mentor dapatkan Sifu Anda!

Bismillah,

Dalam bisnes, saya belajar dengan banyak guru, walaupun saya berpengalaman dengan bisnes kerana sejak dari kecil saya sudah membantu ibu berniaga kecil-kecilan buat tambah duit poket saya di sekolah, tetapi saya tetap rasakan kekurangan ilmu dan pengalaman. 

Bagaimana saya nak dapatkan pengalaman sebenar dalam bises? Ya, saya perlukan mentor, kerana mentor atau sifu ada ilmu dan pengalamannya sendiri dan saya akan dapat sekali pengalamannya bila saya belajar dengan mereka.

Antara guru saya yang paling banyak dalam ilmu bisnes internet adalah jutawan internet tersohor Dr. Irfan Khairi atau ramai yang panggil sebagai IK. Manakala dalam kewangan dan bisnes konvensional adalah Tuan Shamsuddin Kadir yang biasa muncul di TV yang antara sahabat memanggil beliau tuan SK.

buku dr irfan khairi dan shamsuddin kadir

Sejarah saya dengan Dr. Irfan Khairi adalah membeli produk-produknya. Kemudian pergi ke seminar dan belajar secara personal dengan beliau. Manakala Tuan Shamsuddin Kadir pula yang sekarang bukan sahaja mentor saya malah kini menjadi sahabat kepada beliau bermula dari bengkel keusahawanan, perjumpaan dan mendapat nasihat perbualan sehingga ke rumahnya sendiri.

Nak berjaya kita perlu berusaha. Jangan fikir ilmu yang kita ada sudah cukup untuk kita berjaya. Kita perlu sentiasa mendapatkan ilmu. Selain dari buku dan medium pembelajaran lain, kita perlu ada mentor kita sendiri. Dalam personal coaching 'MEKANIK BISNES INTERNET' bukan sahaja ilmu khusus yang anda minta itu akan saya beri, tetapi pengalaman serta ilmu bersama mentor dan sifu saya akan turut tercurah buat anda.

Anda boleh sahaja membaca di blog saya ini. Memang saya ikhlas mencurahkan ilmu di sini. Saya akan cuba memberikan tips-tips berkenaan pemasaran dan sebagainya. Tetapi adakah ia cukup dengan apa yang anda mahukan? Rahsianya saya berikan agak terhad dalam medium ini. Kerana saya tidak mampu memberitahu lebih khusus dengan apa yang anda perlukan hanya sekadar menaip atau menulis secara umum sahaja. 

Selain itu ia adalah berkaitan kemahiran atau bakat atau skil peribadi. Masing-masing ada skil yang semula jadi di miliki dan ada yang perlu di asah. Siapa yang dapat kenal pasti skil kita? Kadang-kadang kita tidak sedar tetapi orang lain tahu kemampuan atau bakat yang ada pada kita.

Setiap orang tidak sama keperluannya. Sebab itu dengan hanya sekadar membaca sahaja tanpa guru sukar untuk menjana sebarang bentuk kejayaan yang kita harapkan. Sebab apa saya berkata begitu? Sebab saya dahulu seperti kebanyakan orang lain yang suka membaca tetapi tidak ada mentor. Sehinggakan saya rasa otak saya sudah terlebih muatan dengan ilmu tetapi tidak banyak kejayaan yang saya dapat. 

Jadi, dapatkan mentor atau sifu yang akan membimbing anda ke jalan lurus dalam niche bisnes anda demi kejayaan mutlak anda. 

Jumpa lagi... Adios!


Nama saya Hairizal Hamidon. Saya memulakan perniagaan berdaftar sejak tahun 2007. Ilmu saya perolehi dari pengalaman juga dari sifu-sifu perniagaan konvensional dan internet. Kini saya lebih cenderung kepada pemasaran bisnes internet dan memberikan bimbingan peribadi yang saya namakan 'MEKANIK BISNES INTERNET'.


0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...