Berfikir Di Luar Kotak

Berfikir di luar kotak juga bermaksud berfikir di luar tempurung. Yang dimaksudkan berfikir di luar kotak adalah bagaimana kita berfikir secara...
  • Kreatif
  • Inovatif
  • Luar biasa
  • Lain dari yang lain.
  • Unik
  • Dan dapat menyelesaikan masalah yang akan atau telah berlaku menjadi sesuatu yang berguna atau lebih baik lagi.

Dahulu saya adalah seorang juruteknik. Salah satu sebab kenapa kebanyakan juruteknik dibayar gaji lebih mahal dari staff biasa adalah bukan sahaja kerana kemahiran yang mereka miliki, ia adalah disebabkan keupayaan untuk berfikir di luar kotak. 

Contoh :
Kilang tidak dapat beroperasi disebabkan salah satu peralatan dari mesin tersebut didapati rosak. Alat ganti yang serupa sudah habis di pasaran terdekat dan bagi mendapatkan alat ganti yang baru memerlukan sekurang-kurangnya 2 hari bersama kos penghantaran yang mahal. Untuk mengelakkan kerugian, pihak pengurusan kilang memberikan tempoh 12 jam sahaja agar produk dapat dilkeluarkan untuk disampaikan kepada pemborong. 

Sasaran utama sementara menanti peralatan sebenar adalah dapat menjalankan mesin atau jentera tersebut. Saya mencari jalan dengan berimaginasi dengan pendekatan teknikal. Akhirnya saya mencipta peralatan dan mengubah beberapa fungsi lain bagi dapat menjalankan mesin tersebut. Akhirnya mesin dapat beroperasi seperti biasa.

Memang sukar untuk mempelajari atau menzahirkan cara berfikir seperti ini. Saya bertuah kerana berpengalaman berfikir dengan cepat serta kreatif agar masa untuk menghasilkan sesuatu produk tidak dibazirkan terlalu lama. Kita semua sebenarnya mampu kerana keupayaan otak manusia normal adalah sama sahaja. Jadi apa yang perlu dilakukan untuk mahir berfikir di luar kotak ini.

Tips. Antaranya adalah...
  • Relax. Cuba tenangkan diri dan jangan panik.
  • Cuba berimaginasi. Tidak mengapa jika kita meletakkan diri di alam fantasi sekalipun.
  • Jangan fikirkan masalah sebaliknya cuba cari penyelesaiannya.
  • Cuba berfikir dengan persoalan kenapa dan bagaimana untuk selesaikan masalah.
  • Keluar jalan-jalan dan bersiar-siar. Perhatikan sekeliling yang dapat memberikan idea.
  • Membaca
  • Menghadiri majlis ilmu, seminar, bengkel keusahawanan dan yang seumpamanya. (Selain menambah ilmu ia juga mampu untuk mencetus idea bernas).
  • Menonton. Video dari youtube dan sebagainya.
  • Minta pendapat rakan-rakan jika perlu.
Akhirnya rangkumkan dan cuba semula untuk imaginasi perkara tersebut agar ia dapat diselesaikan.


Adios..



0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...