Orang Paling Kaya di Malaysia


Kita perlukan daya penolak diri untuk berjaya dalam bisnes. Atas sebab itulah saya keluarkan entri ini sebagai motivasi untuk kita semua. Jika kita baca kisah kejayaan mereka kebanyakkan dari mereka bukanlah dari golongan yang berada pada awalnya. Ada di antara mereka memulakan bisnes dengan modal yang kecil dan ada yang hanya bermodalkan idea sahaja.

Sesiapa juga boleh berjaya walau di mana kedudukan mereka. Pilihan ada di tangan kita. Erti kejayaan bukanlah semata-mata kepada bidang bisnes malah ia juga meliputi pekerjaan. Kata kuncinya adalah kesungguhan untuk jadi yang terbaik dan membuat suatu pekerjaan itu dengan sebaik mungkin melebihi jangkaan yang ditetapkan oleh diri sendiri dan majikan bagi seorang yang bekerja makan gaji.

Baiklah jom kita lihat senarai kedudukan  mereka yang mempunyai harta kekayaan yang paling tinggi di Malaysia. Nampaknya Tan Sri Robert Kuok dan hartawan media dan telekomunikasi Ananda Krishnan masih berada pada kedudukan tempat pertama dan kedua senarai orang yang paling kaya di Malaysia. Di bawah ini adalah menunjukkan fakta dan kedudukan terkini tahun 2010. Kredit untuk Beritasemasa.com

Tan Sri Robert Kuok masih lagi orang terkaya di Malaysia 2010 dengan berjaya mengumpul kekayaan sejumlah RM42.76 bilion, naik RM16.1 bilion daripada RM26.6 bilion yang dicatatkan pada tahun lalu.

Hartawan media  dan telekomunikasi iaitu Ananda Krishnan mengekalkan kedudukan kedua bagi orang terkaya di malaysia 2010, dengan mencatatkan kekayaan sejumlah RM27 bilion. IOI Corporation Bhd’s Tan Sri Lee Shin Chen ketiga dengan kekayaan RM11.92 bilion, diikuti oleh Tan Sri Teh Hong Piow dengan RM10.86 bilion.

Genting Group Tan Sri Lim Kok Thay, bernilai RM10.38 bilion, melompat 10anak tangga ke kedudukan kelima. Hong Leong Group Tan Sri Quek Leng Chan mengambil tempat di RM7.09 keenam bilion sementara Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary daripada Albukhary Foundation, bernilai RM6.01 bilion, menetap diri di kedudukan ketujuh bagi orang terkaya di malaysia 2010.

Senarai 10 orang terkaya di Malaysia 2010
  1. Tan Sri Robert Kuok Hock Nien (Kerry Group/Kuok Group) RM42.76 bilion
  2. Tan Sri T. Ananda Krishnan (Usaha Tegas) RM27 bilion
  3. Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group) RM11.92 bilion
  4. Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) RM10.86 bilion
  5. Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) RM10.38 bilion
  6. Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) RM7.09 bilion
  7. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (Al-Bukhary Foundation) RM6.01 bilion
  8. Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group) RM4.4 bilion
  9. Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau) RM3.5 bilion
  10. Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun (Berjaya Group) RM3.2 bilion

5 Pendatang Baru Dalam Senarai Orang Terkaya di Malaysia 2010
  1. Lee Swee Eng dari KNM Group
  2. Datuk Shahril saudara Shahriman Syamsuddin
  3. Datuk Seri Nazir Razak CIMB Group
  4. Ong Leong Huat dari OSK Holdings
  5. Syamsuddin dari Sapura
Anak mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tersenarai dalam 20 orang terkaya di Malaysia 2010. Sehingga 15 Januari lalu, Mokhzani dari Kencana Petroleum, disenaraikan dengan kekayaan sebanyak RM1.075 bilion untuk menduduki tangga ke-20 orang terkaya di Malaysia.

Manakala Tan Sri Azman dari Arab-Malaysian Corp di senaraikan di tangga ke-11 dengan kekayaan sebanyak RM2.8 bilion. Datuk Seri Nazir Razak yang juga merupakan adik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dari Kumpulan CIMB, turut disenaraikan antara 40 orang terkaya di Malaysia 2010.

UPDATE pada 27 Mei 2010 !!
Senarai Orang Terkaya di Malaysia 2010
  1. Tan Sri Robert Kuok; US$12 billion
  2. Tan Sri T. Ananda Krishnan; US$$8.1 billion
  3. Tan Sri Lee Shin Cheng; US$4.6 billion
  4. Puan Sri Lee Kim Hua; US$3.9 billion
  5. Tan Sri Quek Leng Chan; US$3.85 billion
  6. Tan Sri Teh Hong Piow; US$3.8 billion
  7. Tan Sri Yeoh Tiong Lay; US$2.5 billion
  8. Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary; US$1.7 billion
  9. Tan Sri Vincent Tan; US$1.6 billion
  10. Tan Sri Tiong Hiew King; US$1.2 billion

Bilalah agaknya giliran kita pula ye?

p/s : Kaya dengan sedekah..  :)


1 ulasan:

  1. Maintain the street bike closed. Received a impeded the nose?

    Choices Andrew Barton Conduct One Quickly Hairspray to fix hair into position, just right on a designer handbag
    range, pretty.

    Feel free to visit my website ... electrolux toaster black
    eat3100 ()

    BalasPadam

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...