Warna dan kepentingan kepada perniagaan

Warna amat penting dalam kehidupan. Jika semua benda hanya mempunyai satu warna sudah tentu ia sangat membosankan. Sebab itu Tuhan menciptakan pelbagai warna. Warna boleh dikaitkan juga dengan maksud-maksud tertentu. Di dalam diri, kita juga punyai warna-warna yang tertentu yang boleh menggambarkan sifat atau peribadi seseorang. Ramai orang melihatnya sebagai aura.

Baiklah untuk entri kali ini saya ingin membincangkan kepentingan warna dalam perniagaan. Apabila kita membuat logo, atau memilih warna perniagaan, pilih lah dengan bijak.  
 Al & Laura Reis adalah seorang penulis buku motivasi perniagaan menyatakan di dalam buku mereka berkenaan makna pada warna telah dinyatakan seperti berikut :
  • Putih - Kesucian
  • Hitam - Kemewahan
  • Biru - Kepimpinan
  • Purple - Royalti
  • Merah - Menarik perhatian
  • Hijau - Alam semulajadi
  • Kuning - Amaran
Warna-warna tertentu memberi fokus yang berbeza pada retina mata, oleh sebab itu pemilihan warna yang bijak juga akan menjadikan jenama perniagaan itu akan kelihatan lebih menarik. Mesej perniagaan anda juga dapat disampaikan melalui warna.  Di atas terdapat tujuh warna sahaja, tetapi, daripada warna-warna ini, kita juga boleh menghasilkan tona-tona warna yang berbeza.

Warna boleh dijadikan sebagai jenama kepada sebuah perniagaan. Contohnya adalah kepada nama, logo, slogan dan warna perniagaan anda. Warna ini jika hendak digabungkan seharusnya tidak lebih dari 3 kombinasi warna. Lagi kurang lagi bagus agar ia kelihatan lebih jelas dan mudah untuk diingati. Berikut adalah  contoh logo, nama, warna dan slogan yang membentuk jenama. Lihat jenama-jenama besar ini. Penghasilan logo, warna, nama, pemilihan fon dan slogan akan memberikan ingatan yang kukuh dalam ingatan kita.

Saya sendiri sudah ada warna perniagaan saya sendiri. Jika anda lihat warna perniagaan saya kebanyakkannya berwarna biru. Memang my favourite colourlah tu.. Saya pernah berbual dengan sifu saya Dr. Irfan Khairi. Beliau memang  memilih warna merah untuk perniagaannya dan saya pula menyatakan kepada beliau, saya memilih warna biru sebagai warna perniagaan saya. Untuk melihat logo saya untuk setiap e book saya boleh dilihat di sini.

Ha.. Jadi, sudahkah anda terfikir untuk mereka sendiri logo perniagaan anda sendiri? :)

3 ulasan:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...