Perancangan Bisnes

Ketika saya menulis blog post ini hujan masih lagi turun. Di Johor sudah lima hari hujan. Kawasan-kawasan rendah sudah pun ditenggelami air, malah line Internet yang saya gunakan juga tidak begitu stabil capaiannya. Bagi saya seorang, tiada masalah kerana pejabat saya adalah di dalam rumah sendiri. Almaklum saya ini adalah salah seorang pengusaha bisnes SOHO 'Small Office Home Office'. Tetapi bagaimana anak saya yang perlu ke sekolah dan isteri saya yang ingin ke tempat kerja? "Oh, naik keretalah!" Hoho.. Itulah masalahnya yang saya hadapi sekarang. Kereta saya rosaaak... Oh! 

Syukurlah, mujur saya mempunyai alternatif lain agar dapat menghantar anak ke sekolah dan isteri ke tempat kerja iaitu dengan menggunakan motosikal dan tersedianya baju hujan. Walaupun begitu sehari sebelum saya menghantar mereka, saya telah merancang 'jika' hujan terlampau lebat atau sebarang kemungkinan lain, yang bakal berlaku, apa yang patut saya lakukan sebagai alternatif kepada pilihan yang sedia ada?

Di sini bukan saya nak menceritakan hal berkenaan hujan dan banjir tetapi adalah bagaimana kita membuat perancangan untuk pelan tindakan jika sebarang kemungkinan yang berlaku apabila rancangan untuk perjalanan bisnes yang kita rencanakan tidak berjaya.
Perancangan bisnes saya maksudkan di sini bukanlah 'Rancangan Perniagaan'. Perancangan bisnes adalah selalu yang kita sebut plan A, plan B dan seterusnya. Jika sesuatu rancangan atau pelan tindakan sebuah matlamat itu tidak dapat dicapai, apakah perancangan kita seterusnya bagi meneruskan usaha agar perkara yang kita lakukan sebelum ini tidak hilang begitu sahaja. Kita mesti telah membuat persediaan dan bersedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Tidak semua apa yang kita mahukan itu dapat atau ia mencapai apa yang kita inginkan. Apa yang sepatutnya kita lakukan adalah menulis dan menyenaraikan alternatif, backup dan rancangan bisnes lain sekiranya apa yang kita rancangkan itu tidak berjaya. Senaraikanlah berapa banyak dan dengan siapa yang kita boleh berhubung agar bisnes tidak tersangkut-sangkut, ibarat kereta yang tersengguk-sengguk kehabisan minyak..

Perancangan yang dibuat juga dapat menjalankan kerja kita dengan lancar. Perancangan untuk matlamat kerja juga penting. Kaedahnya adalah sama bahawa kita perlu jadualkan senarai kerja yang kita perlu buat sekurang-kurangnya sehari sebelum kerja dijalankan. Setiap perancangan, perlu kita letak atau tampal pada tempat kita membuat kerja. Apa yang saya maksudkan di sini juga adalah rancangan kerja yang akan kita buat seeloknya ia dibuat dengan membuat format langkah demi langkah.

Biar kerja ada jadualnya walaupun kita ibarat robot yang mengikut sesuatu perkara yang telah diprogramkan. Bisnes adalah lambang kebebasan sebenarnya, tetapi membuat perancangan dengan teratur dan baik adalah lebih 'bebas' dalam erti kata yang sebenarnya.

Dah buat perancangan belum? Kalau belum, buat sekarang! :)



0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...